Sunday, July 31, 2011

PASARAN DAN BEKALAN LEMBU DI MALAYSIA

Ternakan lembu pedaging di Malaysia menjanjikan pulangan yang tinggi kepada pelabur kerana penggunaan daging lembu negara semakin meningkat, manakala bekalan masih tidak mencukupi.
Sektor ini juga mendapat pelbagai sokongan institusi seperti perkhidmatan veterinar yang padu, industri pemprosesan yang kukuh, serta kemudahan perkhidmatan proses penyembelihan, dan bekalan bahan makanan lembu yang mudah didapati.
Populasi lembu pedaging di Malaysia sehingga tahun 2000 ialah 875,934 ekor. Sebanyak 90% daripada jumlah ini diternak secara tradisional. Pertumbuhan tahunan bagi bilangan ini ialah 2% setahun daripada tahun 1994 hingga 2000. Kadar saradiri bagi tahun 2001 pula ialah 21.14 ribu tan.
Diunjurkan bilangan lembu pedaging di Malaysia akan meningkat kepada 2.094 juta ekor pada tahun 2010, dengan kadar saradiri sebanyak 67.89 ribu tan. Penggunaan daging negara bagi tahun 2000 adalah sebanyak 95.1 ribu tan, dengan kadar peningkatan sebanyak 5.4% setahun. Penggunaan per kapita juga naik sebanyak 3.47 kg kepada 5.27 kg, daripada tahun 1991 ke tahun 2000.

TINJAUAN PASARAN
Menurut FAO (2002), pengeluaran daging lembu dunia pada tahun 2000 ialah 59.7 juta tan. Ia menurun kepada 59.3 juta tan pada tahun 2001. Nilai import daging lembu sedunia pula ialah US$4.2 juta (1.8 juta tan) dalam tahun 1999, dan US$3.6 juta (1.4 juta tan) bagi tahun 2000.
Permintaan untuk daging lembu di Malaysia terus meningkat dari tahun ke tahun, manakala jumlah bekalan menurun daripada 98.5 ribu tan pada tahun 1999, kepada 97.4 ribu tan pada tahun 2000. Ini menyebabkan pengimportan daging lembu bertambah. Harga runcit bagi daging import adalah RM8.50/kg, manakala harga runcit bagi daging tempatan lebih mahal, iaitu RM14.50/kg.
FAMA meramalkan bahawa permintaan untuk daging lembu akan meningkat pada kadar 1.28% setahun bagi sektor isirumah, dan 6.98% bagi sektor kilang dan institusi.

Kacukan Komersial dari Australia (Australian Commercial Crosses)
Baka hasil kacukan berbagai jenis lembu pedaging di Australia. Antaranya ialah Brahman, Shorthorn dan Hereford. Lembu-lembu jantan muda dari baka ini mudah didapati dengan bilangan yang banyak dan harga yang berpatutan. Campuran baka Kangayan, Hallikar dan Ongole daripada India. Dianggap jenis tempatan, kerana ada yang bercampur dengan baka K-K. Berwarna di antara keputihan kepada kehitaman dan kekuningan kepada cokelat gelap. Boleh hidup dalam keadaan rumput sederhana. Tahan kutu dan jangkitan penyakit. Berat matang ialah 280g. Anak dilahirkan di antara 18-20kg beratnya.

Local Indian Dairy (L.l.D.)
Hasil kacukan lembu Brahman dengan Shorthorn, berasal dari Utara Australia. Jenis lembu daging yang sesuai dengan negara tropika ini berwarna coklat atau merah gelap. Matang bila mencapai umur kira-kira 630 hari. Purata umur ketika beranak pertama ialah 918 hari. Berat mencapai lebih kurang 330kg apabila mencapai umur dua tahun.

Droughtmaster
Berwarna hitam kemerahan. Hasil kacukan antara lembu betina jenis Friesian dan jantan Sahiwal. Baka ini dihasilkan khusus untuk dipelihara di Malaysia. Ia merupakan jenis dua-guna yang sesuai bagi Malaysia. Boleh mengeluarkan susu 1,500-2,000kg. Purata berat anak semasa lahir 24kg. Berat matang ialah 360kg. Purata kenaikan berat badan dalam lingkungan 0.37kg sehari.

Kacukan Pedaging K-K
Baka ini dihasilkan dari kacukan lembu betina baka K-K dengan baka-baka pedaging seperti  Hereford, Charolais, Droughtmaster, Brahman dan Simmental. Kaedah kacukan dibuat dengan cara permanian beradas menggunakan air mani beku dari baka-baka pejantan bermutu yang diimport.

BEKALAN
Jabatan Perkhidmatan Haiwan mencatatkan jumlah bilangan lembu yang diternak di Malaysia pada tahun 2002 sebanyak 676,847 ekor (Jadual 3). Pada masa yang sama, Malaysia mengimport lebih daripada 85% bekalan dagingnya yang merangkumi daging lembu dan kambing (JICA et al., 2001). Jadual 4 menunjukkan nilai import lembu hidup dan daging lembu untuk tahun 2000 dan 2001.  Daripada jumlah besar ini, hampir 95% merupakan lembu pedaging, manakala selebihnya adalah lembu tenusu.